Mengenai Kami

FMZ Net Solutions ditubuhkan pada 7 Mac 2007 dengan beridentitikan syarikat milik perseorangan, Noor Fazzle bin Mohd Zawawi dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) 1956 (pindaan 1987). FMZ Net Solutions juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas no. rujukan pendaftaran 357-02160476. FMZ Net Solutions adalah sebuah syarikat bertaraf bumiputera yang mana teras utama syarikat adalah dalam bidang membaik pulih dan membekalkan barangan komputer dan laptop kepada pelanggan.

FMZ Net Solutions mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dengan komputer dan juga laptop. FMZ Net Solutions juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Copyright 2014 - 2016 FMZ Net Solutions. Partners with MTA Solutions